Rooster&Hen
White Leghorn Rooster&Hen - 1Pair Rm120
Chicks - Rm15 seekor.
English Budgies
English Carrier Pigeon
American Fantail and Indian Fantail Pigeon
Gold Neck Legbar
Silver Sebright Bantam
Black Rosecomb
White Rosecomb
Mottled Rosecomb
Golden Poland
Grey Polish
Chinese Painted Quail
Sepasang Rm50
Bob White Quail
Sepasang Rm400
Penjinak Lembu Kampung(hehehe...)
Farm 2 saya adalah tempat khas untuk ternakan Lembu,burung,ayam2 exotic,dan gudang saya sahaja,selebihnya di Farm 1 seperti itik telur,itik serati,angsa,ayam belanda,ayam mutiara
,ayam kampung asli,ayam kampung kacuk(kampung ladang),dan ikan2 air tawar.
Chicks Available
Anak Ayam Belanda Coklat(Red Bourbon)
Anak Ayam Blacken Sebright Bantam,Silver Sebright Bantam,Black Rosecomb Bantam,Grey Poland,Brown and Grey Seikie available.(2-10day years old)(02 February 2015)(SOLD)
FEEDING
Tambahan makanan seperti Soya juga boleh di adun sekali,Makanan multi pellet ini sesuai juga untuk Lembu,Kambing,dan Ikan Air Tawar.Untuk Ramuan pemakanan Ayam Telor dan Itik Telor pula = [Starter Feeds(1-3Bulan) - JAGUNG - 35% ..GANDUM - 35% ..SOYA - 20% dan AIR TEBU HITAM - 10%....dan untuk penelur dewasa = LAYER GROWER&FINISHED FEEDS(4Bulan Keatas) JAGUNG - 34% ..GANDUM dan SOYA - 34% ..IKAN - IKAN YANG DIREBUS HANCUR DAN SUDAH DIKERINGKAN(atau Tepung Ikan) - 18% ..KULIT TELUR&KULIT KERANG REBUS(diproses hancur) - 13% ..RUMPUT - RUMPUT(NAPIER&RUMPUT PANJAT) - 14% ..EGG STIMULANT - 5% ..dan AIR TEBU HITAM - 5% .
Turkey,Goose&Duck
(Farm 1) Ayam Belanda A.K.A Turkey,Proses pembiakkan White Holand Turkey,Black Spanish Turkey,Brown Kalkun Turkey,dan Red Bourbon Turkey,Sweet Grass Turkey,dan Naragensett Turkey,Harga jualan anak Umur 2 - 3hari Rm8,Umur 5hari - 7hari Rm10,Umur 8 - 10hari Rm12,Umur 3minggu - 1Bulan 14Hari Rm16 seekor.. (Red Bourbon dan Blue Slate(LIMITED TURKEY) Anak Umur 2 - 7hari Rm20,Umur 8 - 12hari Rm28,Umur 2minggu - 3minggu Rm40,Umur 1Bulan - 1Bulan 21hari Rm60) ..... Dewasa Rm24 sekilo(Tidak kira Christmas atau hari biasa,Harga tetap sama) === Ready Stock - Turkey Chick(18/01/2015) Umur 28Hari : - Jenis2 - Naragensett - 6Ekor ..Royal Palm - 2Ekor ..White Holland - 1Ekor ..Black Spanish - 2Ekor ..Red Bourbon - 3Ekor(Sold)
(Farm 1) Ternakan dan Pembaka Itik Serati(muscovy),Itik Telur(Mallard dan Khakhi Campbell) Itik Serati(Muscovy) di jual dengan harga Rm14 sekilo.Seekor itik muscovy dewasa boleh mencecah 4.5Kg - 5.0Kg(Jantan) Seekor,manakala Betina pula boleh mencecah 2.0Kg - 3.0Kg Seekor...Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di +6012 - 6974877 (Adam Khan )

Chlorophyll
Makanan sampingan Ayam adalah Rumput Panjat,habitat Rumput Panjat selalunya di pagar - pagar lama dan pokok - pokok lama.Makanan rumput panjat boleh mengelakkan dari ternakan kita terkena jangkitan Hawar(hawo),Puru,dan Selsema Burung,semua jenis ayam perlukan rumput panjat berbanding rumput Napier(lebih kepada Kambing),dan Sagu(Rumbia).Rumput Panjat adalah ubat semula jadi(Khlorofil) untuk Ayam Kampung,Ayam Daging,Ayam Mutiara,Ayam - Ayam Pameran(Rosecomb,Sebright Bantam,Serama,Laga(Jaguh),Poland(polish),Selasih(sutera),dan terutama sekali kepada Ayam Belanda(Turkey).Khlorofil baik untuk Manusia(Ulam2) mahupun binatang,seperti Kucing peliharaan,jika ia sakit atau terkena jangkitan kuman,dapatkan Rumput Dukung Anak,bersihkan bahagian akar rumput tersebut dan diberi pada kucing anda,pasti ia akan memakan nya.kebiasaan nya adalah Kucing Jantan.
Rumput Dukung Anak
Pisang juga adalah salah satu makanan sampingan untuk Unggas,terutama Burung Merak dan Ayam Belanda(Turkey).
by Oversea Farm
NESTING&TIPS
Nesting Box yang sesuai untuk Ayam Kampung dan Ayam Belanda(Turkey).
Lalang Kering bertujuan untuk menstabil kan kedudukan telor di dalam Nesting Box(bekas eraman),Gunakan Poultry Housing Spray atau Ant Killer(ubat semut) pada lalang kering yang sudah sedia disusun di dalam nesting box,bagi mengelakkan sebarang kuman dan semut semasa proses pengeraman.
MENGELAKKAN HAMA DAN KUMAN
DALAM REBAN/KANDANG
Pasir Sungai atau Lombong
*Reban/Kandang yang bertutup atau terbuka wajib ditambak pasir dan kapur,Tabur rata kapur terlebih dahulu sebelum kerja - kerja penambakkan pasir dilakukan,Kaedah ini hendak lah dilakukan mengikut tahap kebersihan reban/kandang.Jika sudah berbau busuk pada pasir,pindahkan ternakan serta merta(Bina Kandang Simpanan) dan diulangi dengan kerja meratakan kapur didalam reban/kandang,selepas 3hari cuaca panas(minimum),tambakkan pasir semula sehingga rata(sekurang - kurangnya 1kaki tebal)dan kemudian pindahkan semula ternakan di reban/kandang tersebut.
Asap Unggun Api&Pelita Gasoline
Asap Unggun Api sangat baik di reban/kandang,boleh mengelakkan ternakan dari hama dan virus2 lain yang mudah berjangkit pada ternakan.Kuman akan mati pada suhu 45c - KEATAS,Asap yang berpanjangan juga baik untuk bulu dan kulit ternakan... Pelita Gasoline juga boleh digunakan jika di isi dengan Diesel,minyak Diesel mengeluarkan Asap yang banyak,bagus untuk ternakan dan bagus juga untuk Kayu2 reban/kandang. Tips2 disini semua adalah cara Tradisional dan salah satu cara penjimatan kos,hanya tenaga sahaja diperlukan untuk memastikan keadaan ternakan sentiasa berada didalam keadaan yang baik dan terkawal sehingga membiak,dijual atau dimakan.Wallahu'alam











































